Wednesday, June 22, 2011

cerita minggu ini...

Hi Sahabat.. bertemu kembali dalam lembaran ini.

Setelah hampir 7 bulan berada di Kota Kinabalu, saya semakin selesa disini. Apatah lagi ini adalah negeri kelahiran saya. Walaubagaimana pun saya rindu dengan rakan-rakan saya di Tanah Melayu. Selama 8 tahun saya berada di sana.

Minggu ini xde banyak yang saya lakukan, saya membuat persiapan untuk audit dan setiap petang saya menghabiskan 10 laps larian di Trek 400M dalam usaha saya untuk menurunkan berat badan saya.. Nampaknya saya akan kembali pada situasi saya pada tahun 2008 di Ipoh dulu. Yang mana, saya berlari pada awal 5.30 pagi dan 5.30 ptg setiap hari. Tapi usaha yang saya buat membuahkan hasil apabila saya berjaya menurunkan berat badan dan mengekalkan betuk badan saya yang ideal. Selain daripada itu juga saya mampu berlari 10KM bawah 40minit dan mampu menamatkan larian half marathon bawah 2 jam.

Saya akan berusaha untuk mengekalkan stamina dan fizikal saya sehingga yang saya mampu. Semoga saya berjaya…

Tuesday, June 7, 2011

Cuti-cuti Malaysia

hi kwn2.. 
Saya baru saja kembali dari bercuti selama 11 hari.. sepanjang cuti pelbagai aktiviti yang berlaku. Tapi saat yang tidak saya dapat lupakan apabila bercuti di sekitar Kundasang dan Ranau, Sabah. Banyak tempat menarik telah dikunjungi, seperti Kinabalu Park, Strawberry Garden, Canopy Walk Way, Poring Hot Spring, Sabah Tea Garden dan etc.

Sepanjang Hari kami menghabiskan masa mengunjungi tempat yang saya sebut diatas. Indah dan sangat menarik. Semua tempat dipenuhi oleh pengunjung dalam dan luar negara. Kebetulan pada masa itu juga jatuh pada cuti sekolah.

Apapun saya sangat seronok. Thanks 2 my fiancee 4 the special treat..