Tuesday, May 24, 2011

Pesta Kaamatan 2011

Cuaca panas sedang melanda kawasan Sabah. 22 Mei yang lepas kami sekeluarga mengiringi abg saya yang telah melansungkan perkahwinan dgn gadis pilihannya di Kota Belud. Cuaca yang panas memeritkan. Tapi perasaan syukur tetap timbul di hati kami kerana abg saya telah selamat melansungkan perkahwinan. Buat Richard, Selamat Pengantin Baru.

Suasana Pesta Kaamatan semakin smpi ke kemuncaknya. Inilah pertama kali sy merasai suasana pesta ini setelah 8 tahun berada di semenanjung. Namum kemeriahan nya tidak lagi semeriah tahun 90 an. Walaubagaimana pun, kelibat gadis- gadis Unduk Ngadau tepat menarik pengunjung. Saya turut teruja melihat aksi mereka semasa Gala Nite. Semakin ramai gadis Sabah yang cantik dan commercial look. So keep it up.

'KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN KUMAA SAVII'

Tuesday, May 3, 2011

Yang pertama untuk tahun 2011

hi semua blogger.. lama sudah saya tidak mengemaskini entry blog saya ini. Walaupun sudah 2 tahun saya berpindah secara rasmi dari blog friendster ke laman blogger ini, tapi isiannya xda sama ketika saya masilh lagi giat dalam alam blogger. Saya telah berpindah ke negeri asal saya iaitu Sabah pada bulan November tahun lalu setelah 8 tahun bermastautin di Tanah Melayu. Banyak pengalaman dan kenangan yang saya tidak dapat lupakan. Saya merindui gelagat rakan-rakan saya terutamanya di Kuala Lumpur, Perak dan Melaka. Bila agaknya saya boleh bertemu dengan mereka semula? Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana saya berkesempatan bersama orang tua setiap hujung minggu. Saat inilah yang saya idam-idamkan selama ini. Tapi adat orang berkerja saya tidak tahu dimanakah saya akan ditempatkan selepas ini...hehehe.. semoga kita bertemu lagi di entry yang akan datang..salam mesra dari saya warga blogger..