Thursday, September 23, 2010

Al-Fatihah

Baru semalam saya mengalami mimpi yang mengelirukan. Tidur malam yang tidak lena. Pada pagi 23/9 saya dikejutkan dengan panggilan telefon oleh abg saya. Dia memaklumkan saya bahawa anak saudara perempuan saya baru sahaja meninggal di Hospital Sandakan akibat kegagalan fungsi tubuh setelah melakukan pembedahan pada hari sebelumnya.

Dia dilahirkan 1 bln lebih awal dari saya, tetapi kami meniti usia kanak2 bersama. Menanjat tiang rumah, berkelahi dan macam2 lg.

Dia merupakan Ibu kepada 2 gadis kecil. Saya sungguh sedih mengenangkan saya kehilangan seorang kawan dan 2 orang gadis kecil kehilangan ibu yang dicintai.

Life is too short. Hargailah sisa2 hidup yang kita ada... semoga rohnya dicucuri rahmat dikalangan orang yang suci.

-ATIE- OKT 1981-22 SEPT 2010.

Monday, August 2, 2010

sea gypsy/bajau laut

Sea Gypsy Children
Pulau Mabul
Sea Gypsy at barter Trade

Sea Gypsy
Kelas 3 M Pulau Berhala, Sandakan Sabah
Sea Gypsy/ Bajau Laut adalah masyarakat yang menghuni kawasan perairan sabah dan filipina.. hidup mereka mmg susah.. bergantung sepenuhnya kepada hasil laut. tidak mempunyai kerakyatan mana-mana negara. mmg sedih dan daif. mereka hidup berpindah rendah dari satu tempat ke tempat yang lain. mereka bukanlah penduduk asal borneo dan kewujudan mereka adalah akibat daripada kemelut peperangan yang berlaku di selatan filipina. ketika saya berada di satu pulau yang dihuni oleh pelarian UNESCO seorang nenek yng telah menghuni pulau di Sabah sejak 30 tahun yang lepas berkata, kehidupan yang amat susah dan peperangan menyebabkan beliau telah berhijrah ke Sabah. Masyarakat Bajau Laut juga mengangap Sabah sebagai The Promise Land atau Golden Land. Saya bersama dengan seorang rakan sepejabat, telah menyediakan perkhidmatan pendidikan selama 3 bulan disana. Pengalaman ini mmg tidak ternilai bagi saya, walaupun saya adalah anak jati sabah..

Rumah Baru Blog saya

hi kawan2 blogger semua.. setelah hampir 4 tahun menjadi warga blogger. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk berpindah ke blog yang baru. Sebelum ini saya berkecimpung sebagai blogger kat friendster.